Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 13, 2013

Dorayaki aka doraemon's lempeng

dorayaki (kena sebut macam doraemon tau...) pertama kali mencuba buat dorayaki ni, betul ke cenggini kejadiannya. resepi ni kak rose dapat dari blog My Kitchen Diary, tp nampak dalam gambar tu macam gebus berderai dia punya texture, tp yang kak rose punya ni macam pancake jer. adunan pun nampak pekat sangat, so kak rose tambahkan sesudu susu segar, tp masih jugak macam pekat. tawakal je la, nak ejas banyak2 kang lain pulak jadinya kan....x paus ati sungguh dengan kejadiannya, a bit keras n dry-up. x tau silap tang mana agaknya?

 dorayaki.... makan dengan strawberry jem

Bhn:
100g tepung gandum
1/2 sdt bikarb
4sdb gula
2sdb madu
2bj telur
1/2sdb myk masak
1/2sdt esen vanila

Cara:
1. Pukul telur & gula dlm satu mangkuk besar, hgga kembang.
2. Kemudian masukkan madu, myk & esen vanila. Gaul rata.
3. Ayak bersama tepung & bikarb dan masukkan ke dalam adunan telur. Kaup balik. Adunan cam pekat sket so mommy tmbhkan 1/2sdb susu segar.
4. Panaskan non-stick frying pan. Goreng dgn api kecil. Tahap kelebaran dorayaki ni leh adjust la yer. Mommy wat comei2 aje - ala2 saiz pancake. Adunan dorayaki ni lembut sgt2 so bila bhg bawah dh keperangan, hati2 masa nak flipkn utk masakkan bhg atasnye tu.
5. Bila smua adunan nk masak, leh lar diletakkan inti atas sekeping pancake then amik satu lagi pancake then lapiskan ke atas pancake berinti tuh.

No comments: