Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 27, 2013

Angel hair spaghetti goreng tomyam

 Salam dan selamat petang....syukur Alhamdullilah, jerebu dah sangat  berkurang dan bacaan API ari ni dah kembali normal dan cuaca pun sedikit sejuk dah... tp peninggalannya sangatlah x menyenangkan. sakit tekak dan perit sangat dibuatnya. hidung yang stuffy tu dah hilang tp tekak pulak yg sakit. minum air punyalah banyak pun x mengurangkan perit tekak ni. strepsils yang kata boleh reliefkan sore throat pun x jalan... habis dah sepeket x de kesan apa pun.... rasa nak garu2 jer tekak ni. sakit tekak pun makan nak jugak kan...buat spaghetti ni untuk lunch tadi... resepi dari Mat Gebu, mekasih ya mat dah banyak kali kak rose buat ni. simple n nice, mekasih sekali lagi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (ada limau nipis jer, so x buh la)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

6 comments:

faa.rosli said...

huwaaaaaaa....nak nangis rasa bila tengok ni..sedapnya nampak..laporrr...nak balik...huhuhu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kak rose... boleh hulur sepinggan utk Buka puasa saya maghrib nanti ;)

Kak Rose said...

faa, jangan nanges. buatla, bahan pun mudah jer!

Kak Rose said...

Yatie,selamat berbuka ya...mmg sedap, tu yg kak rose buat berulang2

Cendana Kasih said...

sedapnyer...saya lom pernah cuba versi tomyam ni..nampak sedap..kena cuba ni

cik cek said...

suka..suka ngan angle hair goreng...tak kirala goreng camana pun ...sedappp..kan kak ros