Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 29, 2013

Jom meratah....

 salam tengahari semua...lunch kak rose ari ni, kerabu tauge dengan daun selom. sebenarnya g kedai nak cari ubi/keledek, tp lain pun sama sangkut jugak. x pe la kan asalkan x membazir, udah ler...balik terus la siapkan nak wat kerabu ni.... sampai rumah terus jer on kan komputer, maklumlah sekarang ni nak masak apa pun kena refer resepi dalam ni.... ya la kan, kalau main gedebuk je pas tu x sedap nak salahkan sapa pulak... untuk jalan selamat, refer jer resepi2 yang sifu2 masak duk bagi, dah tentu terjamin sedapnya....macam kerabu ni....meratah ni jer w/o nasik. sambil mengupdate sambil menyuap, habis sepiring dah kerabu ni.... dah jadi habit lak makan depan komputer ni! kawan2 jangan ikut cam kak rose ni.

ni dia resepi yang kak rose refer, dari An periuk tanah, mekasih An dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

2 ikat selom - hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris (kak rose x letak sbb x de stok - kalau buh lagi cantik - kaler2 gitu)
**5 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti ngan pati ikan bilis)

***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

2. Sedia dihidang.

*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Kalau dapat kat kakcik kerabu tu, harus kakcik ratah je. :)

Ann Ishak said...

buat kudap2 sambil tengok tv pun sodap ni :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sy pn suka meratah kerabu..

adda syuhada said...

sedap!!!

Sweet red cherry said...

salam kak..

sedap tu dan menyihatkan..

Unknown said...

haaa kan zila dah datang kalau akak jamu kerabu ni..leh bekal mkn tghri la hari