Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 23, 2013

Siakap sweet sour

 masak untuk dinner petang semalam.... ikan siakap yg ditangkap ditesco tempoh hari tp baru ni dapat memasaknya. buat sweet sour yang simple n merah menyala ni cilok resepi dari Yatie sinar kehidupanku, mekasih ya dan kak rose nak kongsikan resepinya kat sini  pulak...

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
  • garam dan kunyit
  • sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah
Bahan untuk sos:
  • 4 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6) (kak rose cuma ada cherry tomato yg merah menyala tu jer...)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk mengoreng ikan dan menumis
 
Cara- Cara
  1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Yatie lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan
 
makan dengan nasi panas2 dan sayur apa yang ada dalam fridge ni....suma taruk n goreng dah siap.

5 comments:

faa.rosli said...

WOW..nampak sedap sangat..kalah yg kat kedai!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang mengancam lah kak rose... jap lagi saya datang rumah ye lallala :D

Me said...

i'm on my way to your house k.rose... lapar nie :(

akumann2803 said...

Kak rose......nak rasa. ...nampak sedap sangat tu.....hehe

azieazah said...

Saya dah lama plan nak masak Sweet Sour ni. Belum sempat lagi. Saya cadang nak tambah nenas.

Thanks bagi resipi.