Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 30, 2012

Soto johor ... lagi

Salam hari minggu semuanya..... semalam seharian x dapat nak ngadap menda ni sbb g melaka dan balik dari sana terus sediakan bahan2 nak buat kuah soto ni.... buat ni pun sbb nak memmenuhi selera yang x dapat makan masa buat untuk jamuan hari raya tempoh hari... walaupun masa tu buat  sampai 5 kali ganda resepi ni tp mmg habis kering sampai tuan tanah pun x dapat merasa.... Alhamdullilah soto yang kak rose buat dengan penuh kasih sayang tu dapat memenuhi selera teamu yg hadir....


so kali ni buat unruk makan2 dengan kawan yang sama masak tempoh hari dan kak rose buat 2 kali adunan ni.... puas dapat makan soto buatan sendiri... dan kawan pulak sediakan nasik lemak untuk bekpes. seronok dapat makan ramai2 cenggini....resepi kak rose amik dari rumah CMG lagi... mekasih ya Mat dan kak rose nak sharekan kat sini sekali lagi ya....

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel (kak rose buat begedil daging)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan

Friday, September 28, 2012

Ayam goreng berlemon

dah berhari2 nampak ayam goreng ni kat dapur CT Delima... tp x terbuat sbb mmg x masak nasik pun... bila dok sorang2 ni nak masak pun malas la kan... bantai jer makan apa yg senang nak menyediakannya dan yang paling pentingnya kenyang suda! tp hari ni encik somi cuti jd ada la teman nak makan tengahari wpun hanya dengan nasik goreng jer!
 
CT, kak rose mintak izin nak kongsikan resepi tu kat sini ya.... tq for sharing.

Ayam Goreng Berlemon
Resipi: Chef Hanieliza Kamarudin
Sumber: Che CT

Bahan-bahan
:
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil-kecil (kak rose guna 2 keping dada)
1 biji lemon - ambil jusnya
1/2 cawan air
Kunyit serbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 biji tomato - belah 4 (kak rose cuma ada cherry tomato jer- belah 2)
Minyak untuk menumis
Secubit garam dan gula

Bahan tumbuk kasar :
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
8 biji cili api
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
(kak rose mmg kurangkan sangat bab cili tu... x tahan pedas weiiii) ikut la kepedasan memasing ya

 makan dengan nasik goreng jer....

Cara-cara :

1. Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam, perap sebentar kira-kira 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam 1/2 masak dan toskan minyak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk kasar atau lebih mudah masukkan dalam food processor dan blend sekejap.
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air. Kacau rata, biar ayam lembut dan serap rempah.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus lemon, tomato dan gaulkan rata.
5. Perasakan dengan garam jika perlu dan sedikit gula kacau rata dan matikan api. Enak dimakan bersama nasi hangat.

sayur mayur untuk nasik goreng - celery+sawi+carrot+ayam cincang dam suma dalam tu!

Oh! tepung gomak ku..

 walaupun rupa sangat hazab... tp sangatlah lembut n sedap!

huaaaa... kenapalah keras tangan sangat nak buat tepung gomak ni.... cobaan sungguh! ni kali kedua dah, tp kejadiannya tetap sama... bocor sana sini!!!! sangat lah x pandai nak meleperkan bentuk nya... cuba buat tebal2 jadi keras lak, bila nipis ada saja koyaknya. jadi bertampal disana sini. dah baca banyak pun cara nak membentuk jadi leper2 tu... dah cuba yg canai guna rollong pin pun, tp ttp x menjadi... ni la yang ada rupa sket kak rose tepek kat sini... wpun rupa kejadian sangatlah hazab, tp sangat lembut n sedap. tp tepung kacang yg kak rose bli siap ni warnaya ada gulap sket, tp wangi bau kacangnya!

resepi dari Myr oleh tulip77.... kalau tengok lapuran yg dihantar suma cantik2 jer.... canmerla nak ajar tangan ni soh buat cantik2 cam tu ya? kak rose buat separuh jer dari adunan ni.

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

Thursday, September 27, 2012

Bila malas2....

kuey teow goreng bodo2 untuk lunch...

vegetable fritters untuk minum petang aka dinner sekali.

Wednesday, September 26, 2012

Potato salad


salam dan selamat tenghari semua.... pagi yang hujan sangatlah membuatkan diri jadi sangat malas.... malas segalanya kecuali makan n ngadap komputer. boleh gitu? semalam pun doktor dah pesan jangan main game selama tiga bulan.... ayo yo kadawale, ini macam mana bole kan....jari2 asik gatal nak memetik mouse tu jer...


 so bila dah x leh nak main game dan dah puas ngadap segala blog, perut mula la nak berkeroncong.... dan yang pasti nak sediakan yang mudah2 jer baru la cepat dapat nak ngapkan... buat je la potato salad ni... bermacam versi potato salad yg boleh dicuba...resepi ni kak rose amik dari buku Prima Mini Book Recipe. meh kak rose tepek kan kat sini resepinya..

ingredients:

200 gm potato (boiled n quatered)
100 gm mayonnaise
30 gm powdered mustard (kak rose x letak)
50 gm shallots (finely chopped)
5 gm salt
5 gm black pepper
some crispy cooked minced beef

method:

mix well potato, mayonnaise, mustad n shallots
add salt n black pepper to the salad mix n mix well again
spread some cooked minced beef on salad
ready to serve


Tuesday, September 25, 2012

G doktor lagi....

menunggu giliran sambil baca novel ni....

sepagi kak rose kat sini.... sdmc. g jumpa doktor pasal numbness kat fingertips yang x mau ilang tu...  bila kak rose tanya doktor ade ke sebab banyak sangat ngadap komputer main game, doktor tu gelak sakan sambil tepuk2 dahi... agaknya dia pun heran dah tua2 cenggini pun asik main game sampai sakit jari2... mmg sempoi la doktor tu, sambil gelak2 sambil buat sedikit test and pas tu dia soh g amik darah n buat nerve test...

kak rose jumpa doktor ni la... dr yang pernah merawat busu masa terpelecot lutut ari tu... pas dari jumpa dr Anuar ni terus g amik darah kat tingkat tiga dan buat nerve test pulak kat tingkat satu. jumpa hari ni tp x dapat tau result segala test tu... keputusan ujian darah dan nerve test tu cuma akan dapat tau pada minggu depan dan kena g jumpa tuan doctor sekali lagi pada selasa depan. harap yang baik2 saja buat kak rose ya

Monday, September 24, 2012

Kek oren moist

Buat kek ni semalam lagi tp baru ni nak post kat sini.... saja la nak jugak tepek kat sini resepi kek oren moist ni untuk rujukan dimasa2 akan datang kalau nak buat lagi.... mmg gebus n sangat lembut yg kak rose buh dalam paper cup tu... tp yang bubuh dalam loyang tu kejadiannya x berapa nak molek sbb oven antik kak rose tu dah buat hal pulak... kepanasan dia x rata, jadi hangus sebelah lah kek yg gebus tu!

resepi kak rose amik kat sini, dan terima kasih pada Sri Nurdiana sharekan resepi kek oren ni. kak rose nak pastekan kat sii lak ya...


Bahan-bahannya :

1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (jenama double lion)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)
 

Cara-cara membuatnya:

1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup   
    menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.

Berapa calories dah burnt?

 salam dan selamat tengahari.... patutnya tayangan amal waktu ni adalah menu untuk lunch tp kak rose nak jugak tepek apa yang kak rose makan pagi tadi... tu diah! sebeban buah2 dan 2 keping toast sapu butter n strawberry jam, secawan nescafe o dan se mug susu omega. berjalan briskwalk sejam jer, tp bekpes mengalahkan orang yang keja sawah bendang!... berbaloikah dengan calories that dah burnt pagi tadi dengan sarapan yg begini banyak? betul ker brisk walk 30 minutes boleh bakar kalori sebanyak 90 up to 200... tp depend la kalau briskwalk macam lari tu mestilah lagi banyak calories that burnt kan.... kalau macam kak rose yg briskwalk cam lenggang mak limah ni camner nak kira agaknya ya?

dah gini hari ni x tau lg nak makan apa untuk lunch pulak... megi ok kot!

cek jugak bp... doktor soh check hari2 dan dalam waktu yg berlainan...

homework yg doctor bagi. hari2 kena amik bp reading ni... tp ada je hari yg lupa, padahal dah gantung kat meja makan dah file ni.... makan x pernah nya lupa lak. pelik kan?

Sunday, September 23, 2012

Siew pak choy dlm sos tiram

 
salam dan selamat berhari minggu semuanya... dah lunch ker? kak rose baru jer sudah makan nasik dengan gulai daging masak lemak cili api, ikan terubuk goreng dan sayur siew pak choy simple ni. sayur ni walaupun masaknya sangatlah simple tapi tetap sedap buat kak rose. pagi td g tesco nak cari brokoli, tp stok yg ada sumanya macam layu jer jadi kak rose amik lah sayur daun ni. lagipun rasanya dah lama x makan siew pak choy ni... simple sangat.... celor dan curah dengan sos tiram jer.


resepinya kak rose amik dari rumah hana, mekasih ya nduk. nnti arek jalok resepi yg lain pulak. dan yg ni kak rose kongsikan kat sini lagi sekali ya...

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy (kak rose guna 5 pokok kecik2 tu)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Saturday, September 22, 2012

Top-up stock

hampir setiap kali g subang jaya mesti nak singgah kat kedai buah ni.... tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat wajib singgah setiap kali kehabisan stok buah masa duk kat sana dulu. suka sangat dengan kedai ni kerana buah yang ada kat situ mmg fresh dan banyak pilihan, tu la sebab bila dah duk kat shah alam ni pun masih g tempat yang sama untuk cari bekalan buah... sebenarnya td g klinik kat subang, jumpa doktor sbb apa hujung jari2 tangan kanan rasa kebas selepas kerja keras menyiapkan jamuan raya minggu lepas tu... makan ubat ingatkan boleh baik, tp dah seminggu ni masih ada rasa gak lagi... alamak, sekali doctor tu soh g sepital da.... terus dia refer kat orthopedic surgeon kat SDMC.... alamak takutnya! hari isnin baru boleh jumpa doctor ni.... harap x de la apa2 yang serius....hu hu hu kena kurangkan main game la ni!!!!!

bli jugak buah betik eksotika ni....sekilo lima hengget dan 2 biji ni dah sekilo lebih wpun buahnya cenonet jer. lama dah x makan buah ni. dulu mmg kak rose suka sangat dengan buah betik ni sampai satu masa kulit dan tapak tangan jadi warna kuning pucat kerana terlebih makan betik. bila g doctor terus dia tanya banyak makan betik ya? sejak tu la kurang sket amik buah betik ni, wpun tersangatlah manis dan sedapnya!

Friday, September 21, 2012

Kiwi buttermilk pancake

meh minum petang dengan pancake ni... lama sangat rasanya x buat any pancake dan bila ronda2 terjumpa kiwi buttermilk pancake ni kat sini, teruslah teringin nak mencuba...tp kak rose x de pure buttermilk tu, so mintak tolong cik google carikan substitutes for buttermilk ni. walaupun dalam resepi tu disuggestkan guna yg pure tp kak rose guna secawan fresh milk + 1 tbsp perahan lemon and biar kejap baru guna dan rasa masih sedap n fluffy. thanks to wendy for the recipe dan mintak izin nak paste kat sini ya




Recipe with minor adaptations from: Fine Cooking
Makes: 10 slices of 4-inch wide pancakes (batter spooned with a Chinese soup spoon)

1 cup cake/superfine flour (120gm, original called for plain flour. I weighed my one cup of flour to make sure I get the same amount next time)
1 tsp baking powder
½ tsp baking soda
1½ Tbsp sugar (original recipe was 1Tbsp, but I used slightly more than original recipe due to the presence of kiwi which is *sour*)
Pinch of salt
1 large egg
1 cup (250ml) buttermilk (kak rose guna substitutes 1 cup fresh milk + 1 tbsp lemon juice)
1 Tbsp butter (15gm)
2 kiwi fruits, each sliced into 5.



1. Heat a non stick pan and heat the butter until just melted. Let it turn warm.
2. Sift cake flour + baking soda + baking powder together. Mix in sugar and salt. Set aside.
3. Mix egg with buttermilk. Mix in melted butter.
4. Pour (3) into (2) and mix until combined but not smooth.
5. Heat the pan (used in 1, no need to wash) and put in one slice of kiwi. Top the kiwi with 1 heaped Tbsp of batter. Cover pan with lid (if you have, if not it’s ok) and let it cook on medium low heat.
6. When the rim of the pancake has cooked (solidified), flip the pancake to cook the other side, take care not to dislodge the kiwi.
7. Repeat cooking process until batter is used up.
8. Serve pancakes with honey

Tart kentang

makan dengan cili sos....

tart kentang yang sedap ni buat untuk minum aka dinner petang semalam.... lama dah teringin nak buat dan cheese yg kak rose bli lama dah nasib baik jer belum expired! pernah buat dulu dan bila tau keenakkannya mmg akan ada lah ulang tayang kat seripayaku ni... x kesah la kan, asalkan kita buat n tepek gambar sendiri punya masakkan... masih ada lagi yg suker2 amik gambar masakan kita dan letak dalam blog dia as if dia yg buat... tp kan kalau dah gambar tu kita punya, sekali pandang kita pun dah tau. x serik2 ataupun mmg derang ni x pernah terbaca rungutan para bloggers masakan ni tentang hal curi2 gambar ni? entahlah!!! senang je nak trace, pergi ke images n lalukan mouse kat situ, dia akan tunjukkan gambar tu dari mana.

 x brapa close-up isi dalamnya

 nak cerita pasal tart kentang ni dah terpelencong ke rumbling pasal curi gambar lak..... resepi asalnya kak rose amik dari Ros SinaranMenu... mekasih ya sharekan resepi yang sedap ni dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini sekali lagi...

 tabur cheese banyak2.... hmmm nyum nyum!

Bahan-bahannya 
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus 
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut 
* sedikit potongan daun bawang 
* 2 batang crab stick dipotong kecil (kak rose gantikan ngan ayam cincang) 
* 1/4 cawan susu 
* 3 biji telur 
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa

(kak rose tambah 1 batang celery, 1 sudu besar tepung gandum n 1 sudu keci tepung jagung bancuh ngan susu + telo tu.... memandai jer kan.... turn out nice, x melekat to the muffin pan wpun kak rose x sapu butter!)


 panas2 baru kuor dari oben

Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Thursday, September 20, 2012

Jus belimbing asam boi

ni hasil kerajinan kak rose yang memulakan brisk walk pagi ni selepas begitu lama bercuti bermalas2an.... kena paksa diri baru nak mulakan semula. harap2 lepas ni x la malas lagi nak bereksais ni.... maklumlah bulan posa dah bercuti dan bila bulan raya mmg sungguh2 menternak lemak.... dan tersangatlah berjaya, kalau peladang maunya boleh dapat hadiah peladang jaya penternak lemak! ada kawan2 yang sudah mulakan dengan ber atkins tp kak rose ni entah bila lagi nak stat, entah ler...



pokok belimbing buluh tepi padang tempat kak rose g briskwalk.... bayak putik dan juga yang dah gugur... sayang kan terbiar je belimbing buluh ni... so kak rose pun amik lah segugus, adala dalam 8 biji. balik rumah terus buat jus ni..... biarkan sebentar biar dia mesra dengan asam boi tu... x yah taruk gula dah.

dan kat taman tu dah dibina gelanggang futsal, so ramailah budak2 macam early teenages bermain kat situ pagi tadi.... wonder gak, x sekolah ke depa2 ni?

Lontong goreng

salam tengahari semuanya.... aik! manyak tepelanjat bila bukak manage blog dah ada new setting pulak dah.... eeee x suka la, masih nak jugak yang lama tu... camner nak balik kepada setting yg lama tu, dah x ingat dah! dah g tengok kat option tp x tau mana nak tick! ishhhh!!! pada adik2 diluar sana tolong lah g tau camner nak buat ni...

nak citer lontong goreng yg kak rose buat ni.... pada sapa2 yg ada lebih2 nasik impit bolehlah buat cenggini dan kak rose amik cnp resepinya dari sini... cuma kak rose tukokan daging n udang tu dengan sate ayam... mekasihya n mintak izin kak rose nak tepekan resepi tu kat sini pulak


Bahan2
Semangkuk lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah dipotong dadu (kasar)
1 senduk cili kisar(pedas ikut suka)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1inch halia dikisar
200 g daging/ayam cincang
200 g udang hidup - kupas kulit (kali ni as guna ayam goreng yg disiat2)
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
daun sop,daun bawang - hiris
1/2 cawan bawang goreng
2-4 biji telur
minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging cincang dan gaul rata, masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap, masukkan garam secukup rasa dan gaul lagi.
Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
Ketika menghidang,tabur ayam goreng yg disiat2 td, daun sup,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.





Wednesday, September 19, 2012

ww - 85 viewers

walaupun dah lama, terima kasih sangat2 pada semua....

Tuesday, September 18, 2012

Keledek goreng + sambal kicap leftover

kesiankan keledek yang dah lama bli tp x terbuat apa2... petang ni bile tengok dah bercambah tumbuh pokok pulak dah... boleh la berkebun nnti kan... dan yang masih elok boleh la buat goreng untuk minum petang ni, kebetulan sambal kicap leftover pun ada lagi. mmg ngam sudah! dan jadi satu kemestian pulak, bila nak makan gorengan mesti ada cicah sambal kicap ni... yg x jawa dalam rumah ni pun dah terikut sama macam kak rose, nak saja mencicah! sedap!

Gaya mesti mau ada!

gaya anak bujang mama nak balik semula ke melaka... minggu lepas dah g dengan kereta bawa segala barang keperluan dan kali ni bawak moto lak.... senang nak berulang ke kampus katanya.... cuti semseter yang panjang sanggup berhabis duit make over the bike... kalau ikut mamanya biar moto yang asal jer, tp budak2 ni nak jugak yg dia kehendak. so this the new look of the bike... dengan cover set, tayar, rim n entah2 apa2 nak sebut pun mama x tau semua ditukar baru! even the number plate pun nak yg baru jugak, nak sama macam moto besar ayah, katanya!

bersama dengan kawan U tp berlainan course, TE. siap soh mama amik gambo masa nak bertolak semalam. gaya mesti mau ada kan? segala kasut n sandal pun nak sama cam kaler moto! cuma pesan mama, be very carefull masa on the road and give me a call at every perhentian! tp bila dah sampai lupa pulak nak call mamanya!

puas berpusing keliling akhirnya dapat jugak sandal yg dikehendaki.... sama kaler dengan moto! doa mama n ayah, semuga anak mama berjaya mencapai apa yang dicitakan. Insyaallah.

Monday, September 17, 2012

Ni yg buat kak rose bz.....

soto ayam yang disediakan dengan kasih sayang... so itulah namanya!

Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan.... tugas kak rose nak menyediakan menu untuk jamuan sambutan Aidilfitri tempat keja encik hubby. nak sediakan satu menu jer pun, tp sibuknya mengalahkan nak buat kenduri kawen. heh! ya lah semuanya kak rose buat sendirian, so buat lah sikit2 mana2 yang boleh disediakan awal2 seperti nak mencarik2 ayam dan pegedil tu...

36 litre kuah soto yang abes kering!

kuah soto yang kak rose sediakan sehari awal untuk dapatkan rasa yang mesra.... menggunakan resepi soto johor CMG yg femes tu... Mat, terima kasih yang x terhingga kerana kuah yang sangat sedap ni.... mendapat maklum balas yang sangat baik dari pengunjung... kak rose buat 6 kali ganda dari resepi tu.

300pcs pegedil daging yang kak rose siapkan awal2 dan simpan frozenkan.... cuma goreng dipagi hari jamuan tu... resepi dari sini.... cuma kak rose gandakan 5 kali resepi tu!

ayam carik2 ni pun kak rose sediakan awal2.... nak dapatkan 3 tapawe beso dan nak siat sorang2 memang mengambil masa yang lama.... nak memudahkan keja, kak rose bli yang isi saja dan goreng baru disiat2... dan frozenkan... Alhamdullilah cukup untuk semua!

sebahagian my homemade nasi impit yang belum dipotong... jimat sikit belanja kalau buat sendiri kan... isikan satu cup rice cooker tu pada size 5" x 6" hd plastic... rebuslah paling kurang pun 2 jam.... Insyaallah menjadi dengan elok.

sediak 6 bungkus mee hoon jugak, sebagai additional pada nasi impit tu... jugak, semuanya habes.

dan yang paling penting.... apa lah erti soto tanpa sambal kicap kan? eh, sampai ada yang mintak resepi sambal kicap ni taw... mekasih pada tulip@Myr tp kak rose omit minyak tu dan masih sedap kaw2 punya! jugak cili tu ikut lah kepedasan memasing2 ya.... mulanya kak rose ikut sukatan cili tu, tp ya Rabbi pedasnya, jadi pandai2 la ejas ya!

soto dengan segala pelakun tambahannya... bawang goreng, kacang goreng, ayam carik2, daun sup, tauge, pegedil, soon goreng dan sambal kicap...

dah ready untuk serve pada tetamu.... walaupun penat tapi sangat puas hati sbb apa yang kak rose sediakan disukai oleh pengunjung... mmg semua x berbaki except sambal kicap yg kaw tu. ada sapa nak tapau? maklumlah kak rose buat 2 kali ganda resepi tu... 2 botol besar kicap!

antara gerai yg sempat kak rose snap gambanya.... Ana dan Din yg bertungkus lumus menyediakan.... juga lontong dan manning gerai kuey teow n mee goreng jugak. tp sayang x teramik gambo lak!

laksa penang special yang menjadi satu kemestian setiap kali jamuan raya.... hasil tangan Emma n Pak Jali. eh, pak jali ada tolong ker?

diakhir jamuan, tukang masak dan jugak tukang serve kuey teow, soto n laksa berposing kepenatan. Syukur sangat2, semuanya dipermudahkan hingga keakhir jamuan dah berharap pada pengunjung berpuas hati dengan apa yang kami sediakan....mohon maaf jika ada yang terkurang.