Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 3, 2012

Soto johor

orang johor buat soto johor.... ternampak kat rumah CMG semasa one of his open house masa raya, buat kak rose sangat teringin nak makan... nampak tayangan soto dengan sambal kicapnya tu sungguhlah menjejehkan air liur.... nak rasa soto yg buat sendiri..., cubalah guna resepi CMG ni dengan bahan yg ada kat rumah jer.... tp bila soto x de tauge mmg rasa kureng sket la.... tp kuah tu mmg ngam, tq ya mat sharekan resepi ni dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini...

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel (kak rose buat begedil daging)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap (x de, so x letak)
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng (telupa taburkan, adeh!!!!)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan

9 comments:

Kak Sam said...

Ya Allah telan air liur saya dibuatnya. huhuhu nak makan soto...

Mat Gebu said...

Salam kak rose....terima kasih sudi mencuba. Selamat hari raya, maaf zahir batin yea kak...

Lydia Miza said...

terliur saya tgk soto ni..org johor kalau tgk soto rasa cam tak sah klu tak meleleh air liur.hihihi

inazamri said...

saya sgt suka soto.Lama tak mkn soto

Norzie hany said...

Salam lebaran kak Rose.
Nampak soto ni pun dah tahu,mesti sedap.

Unknown said...

Salam lebaran kak rose, baru tau rempah kurma boleh buat sup. Saya org johor tp x pandai sgt buat soto.

faa.rosli said...

sedapnya..da lama teringin tp xdapat2...

Cik Puan Izan❤ said...

akak org johor ker? kalau org johor buat soto mmg terbaik kan...saya pernah pegi kenduri sedara kat johor diorang masak laksa johor dgn soto...Ya Allah sedapp..mkn menambah2

Anonymous said...

camna nak buat soo hoon goreng tu,kita org kedah, tau makan ja, tak reti nak wat soo hoon goreng tu.