Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 30, 2012

Soto johor ... lagi

Salam hari minggu semuanya..... semalam seharian x dapat nak ngadap menda ni sbb g melaka dan balik dari sana terus sediakan bahan2 nak buat kuah soto ni.... buat ni pun sbb nak memmenuhi selera yang x dapat makan masa buat untuk jamuan hari raya tempoh hari... walaupun masa tu buat  sampai 5 kali ganda resepi ni tp mmg habis kering sampai tuan tanah pun x dapat merasa.... Alhamdullilah soto yang kak rose buat dengan penuh kasih sayang tu dapat memenuhi selera teamu yg hadir....


so kali ni buat unruk makan2 dengan kawan yang sama masak tempoh hari dan kak rose buat 2 kali adunan ni.... puas dapat makan soto buatan sendiri... dan kawan pulak sediakan nasik lemak untuk bekpes. seronok dapat makan ramai2 cenggini....resepi kak rose amik dari rumah CMG lagi... mekasih ya Mat dan kak rose nak sharekan kat sini sekali lagi ya....

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel (kak rose buat begedil daging)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan

6 comments:

Mat Gebu said...

salam kak rose...sama2 kasih, dan tiba2 meleleh air liur ku, melihat soto mu ituuu....

Marsita Yahya said...

Salam kenal,
blogwalking & join...

http://www.my-mintroom.blogspot.com

Kak Rose said...

Mat, ramai yg mintak resepi pas kak rose buat ari tu... sangat laku tau!

Kak Rose said...

Marsita, salam kenal jugak dari kak rose n tq singgah kat cni

Kak Sam said...

Bila le saya nak buat ni. Sejak CMG tayang dulu memang teringin sangat. huhuhuhu kenapa malas sangat ni.

Marsita Yahya said...

Kak Rose,
tq sebab singgah ke blog saya...
saya balas balik kunjungan & join...
http://my-mintroom.blogspot.com/