Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 28, 2012

Ayam goreng berlemon

dah berhari2 nampak ayam goreng ni kat dapur CT Delima... tp x terbuat sbb mmg x masak nasik pun... bila dok sorang2 ni nak masak pun malas la kan... bantai jer makan apa yg senang nak menyediakannya dan yang paling pentingnya kenyang suda! tp hari ni encik somi cuti jd ada la teman nak makan tengahari wpun hanya dengan nasik goreng jer!
 
CT, kak rose mintak izin nak kongsikan resepi tu kat sini ya.... tq for sharing.

Ayam Goreng Berlemon
Resipi: Chef Hanieliza Kamarudin
Sumber: Che CT

Bahan-bahan
:
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil-kecil (kak rose guna 2 keping dada)
1 biji lemon - ambil jusnya
1/2 cawan air
Kunyit serbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 biji tomato - belah 4 (kak rose cuma ada cherry tomato jer- belah 2)
Minyak untuk menumis
Secubit garam dan gula

Bahan tumbuk kasar :
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
8 biji cili api
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
(kak rose mmg kurangkan sangat bab cili tu... x tahan pedas weiiii) ikut la kepedasan memasing ya

 makan dengan nasik goreng jer....

Cara-cara :

1. Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam, perap sebentar kira-kira 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam 1/2 masak dan toskan minyak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk kasar atau lebih mudah masukkan dalam food processor dan blend sekejap.
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air. Kacau rata, biar ayam lembut dan serap rempah.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus lemon, tomato dan gaulkan rata.
5. Perasakan dengan garam jika perlu dan sedikit gula kacau rata dan matikan api. Enak dimakan bersama nasi hangat.

sayur mayur untuk nasik goreng - celery+sawi+carrot+ayam cincang dam suma dalam tu!

4 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

kemain lagi ayam akak berposing... sedapnyaaa kak...

JaSSNaNi said...

Nasi goreng tu best la... nyum nyum..

inahar ali said...

salam kakrose..alahai dh berkurun simpan resipi kak liza nih tp x terbuat2..hehe!

azieazah said...

Heee rasa nak ratah jer tomato yang comel comel tuh...!