Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 13, 2012

Ayam masak bali

salam hari minggu semuanya.... dah nak bersawang rumah kak rose ni x berusik... asik bz memanjang.... bz of doing nothing? entahla... hari jumaat tu bawak anak g physio kaki dia kat SDMC untuk kali ke enam... actually lutut tu dah elok, dah g main futsal n takraw pun, tp sbb appoinment dah buat so pegi je la.... n bila dah kata boleh main bola segala maka last physio tu mmg kena kaw kaw punya! kena buat jugak la.... ada hari sabtu tu g jumpa pakar tulang sekali lagi dan Dato Dr. Anuar dah bagi greenlight untuk aktif balik.... dengan syarat berhati2 la...

hari ini baru dapat masak dan mmg buat lebih2 untuk anak bawak bekal balik ke melaka... ayam masak bali, sambal gesek ikan bilis yg kak rose blend jer, jugak serunding ikan yg kak rose buat ari tu.... resepi ayam masak bali ni kak rose amik dari rumah Nor dan dulu pernak buat gak kat sini.... mekasih ya Nor dan sekali lagi kak rose sharekan resepinya.

AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah ni....

makan dengan nasi panas2 n sayur kacang buncis goreng dengan ayam ni...

jugak sambail gesek tipu2 sbb guna blender jer..... x de pandai nak menggeseknya. so guna cara yg paling senang je la kan.... dan ada jugak gulai daging masak lemak cili api... Alhamdullilah kenyang kami makan 3 beranak tengahari tadi..... dan jam 4 td anak dah mulakan perjalanan balik ke Melaka dengan segala bekalannya!

2 comments:

Rohah said...

salam kak,
sy follow blog akak..
pernah juga buat masak bali ni,tp bukan dr resepi Amir Said.mmg sedap sbb byk kandungan segala rempah.

Lydia Miza said...

salam ...wahh ayam tu mmg nampak sedap