Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 18, 2012

Rendang n pulut semalam punya....

stok pulut ada banyak yang kak rose bli masa g Thailand hari tu, tp x masak lagi.... actually x lah banyak mana, bli cuma 5kg jer pun. tp sbb kami 3 beranak jer rasa dah banyak la tu kan... so semalam tu merajinkan diri buat rendang daging untuk dimakan bersama dengan pulut kukus ni. pulut susu yang sangat lembut dan harga pun jauh berbeza dengan harga yg kat sini...

resepi rendang daging ni kak rose dapat dari Amy yg duk kat Germany tu.... rendang tp ada letak kari sket.... sedap. dulu pernah wat guna ayam, kali ni guna daging lak. meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi kat sini ya...

Bahan-bahan

500gm daging
2 sudu kecik serbuk kari
1sudu kecik serbuk kunyit
*2biji bawang bsr sederhana
*3ulas bawang putih
*2inci halia
*2batang serai kalo kecik letak 3 btg k
*2cm lengkuas
*cili padi ikut kepedasan ok amy taruk 6bijik (kak rose guna cili blend)
Daun limau purut 7-8helai dipotong halus2
kerisik
250ml santan
asam keping skit jer
garam dan gule secukup rase

Cara-cara

1. Blend bahan2 bertanda *. Pastu masukkan serbuk kari dan kunyit dan sebatikan. Kemudian tumis. Minyak sndiri adjust k.
2. Bile dah naik bau masukkan santan separuh dulu. Kacau2 skit. Biarkan sehingga pecah myk.
3.Kemuadian masukkan daun limau purut tadi, kacau lg. Kemudian masukkan kerisik.
4. Kamudian masukkan daging then gaul rata.
5. Bila da digaul sebati masukkan lebihan santan td.
6. Last sekali masukkan garam dan gule secukup rase. Biarkan rendang masak. Amy tggu dlm sejam jgk la nak suh kering. Tapi kene kacau selalu tau.
7. Siap dihidang!

1 comment:

Cekgu Maz said...

salam...sedapnyer makan pulut kan...sy xpenah lagi masak pulut actually xreti...t nak cuba belajar