Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 4, 2012

Samosa roti

buat samosa roti ni sbb dah terpandang kat blog sinaranMenu ari tu..... suka dengan cara Ros menyediakan menu yg simple2 cam ni.... dan buat orang x rajin macam kak rose ni menu cenggini mmg suka sangatlah.... x rumit nak menyediakannya. tapi yg kak rose punya ni versi bakar hangus.... 1/2 way dalam oben, dapat call dari anak yg katanya x leh keluar duit dari ATM sbb baki tinggal 50 hengget jer! ai baru 8 days ago mama bagi 550 dah abes ker?... apalagi terus padam api oben tu, takut lak nak tinggal dengan oben terpasang... kalau jadi apa2 lg susah kan sbb hubby pun out-station. dan siap2 g bank, sbb bsn yg dekat ngan rumah ni x de mesin yg boleh wat deposit.... kalau lambat nnti bank dah tutup sbb masa tu dah dekat pukul 3 petang..... kesian lak dia x dak duit kang.

balik dari bank tu sambung bako samosa ni..... sambil biasalah mengadap pc. bila dah ting! tengok lah samosa kak rose yg dah jadi kelam! tp x pe sbb tersangatlah rangupnya kulit dia tu... mekasih ya Ros bagi idea menu cenggini....

resepi inti sadin kak rose cnp dari blog cikmanggis. mekasih ya.

Bahan-bahannya:

1 tin sardin saiz besar.
1 labu bawang besar...potong dadu kecil.
2 ulas bawang putih...cincang halus.
2 tbsp serbuk kari ikan...bancuh dengan sedikit air.
1 tangkai daun kari.
2 biji kentang.-potong dadu kecil
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya.
  • Masukkan sardin ,kentang,garam dan gula serta daun kari.Masak hingga kentang empuk.
  • Jika perlu tambahkan sedikit air supaya kentang cepat empuk.
  • Masak hingga kuahnya kering dan lenyek dengan sudip agar sardin hancur.
cara membuat samosa dari SinaranMenu

1. gelek roti hingga nipis dan potong sedikit tepinya
2. letak sesudu inti dan lipat 3 segi
3. tekan tepinya dengan menggunakan garpu. buat kedua2 belah roti - depan dan belakang
4. panaskan minyak dan goreng samosa dengan api perlahan hingga kedua2 belah permukaan roti garing. angkat dan keringkan minyak dengan paper towel.

(kak rose sapu butter dibawah dan telor diatas samosa dan bakar)

2 comments:

izahdaut said...

duk dlm list lagi samosa ni. suke la tengok cantik kejadiannya tu kak

mayangbakingmadness said...

kak rose sedapnyer, dan mudah nak try wat untuk anak2 bekpes sebelum g skolah... thanks akak for the resepi.. psst jemput mai ke blog na.. x seberapa pun baru nak berjinak2...