Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 29, 2011

Cucur bom manis

nama yg sangat ganazzzz.... hati2 kalau makan ya, bukan takut meledak tapinya takut x leh berenti mengunyah sbb sedap sangat bagi kak rose yg mmg penggemar cucur aka cekodok ni.... cucur yg rangup diluar dan lembut sangat didalamnya.... dah sejuk pun masih lembut jer. buat petang semalam dan boleh sambung wat sarapan pagi ni.... x abes jangan dibuang, x baik membazir kan.... dan berebut2lah lemak nak tumpang menepek dibadan yg dah jadi cam cekodok jugak!

meh tengok resepinya yang ramai sangat dah buat.... kak rose cnp dari rumah izah ya. terimakasih pada semua yang share resepi cucur sedap ni.... jangan takut, x meletup punya!

Sumber : daun_kesum@Jurnal Alkiram
sumber: annaqawina

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.

*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua).

No comments: