Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 23, 2011

Pengat pisang dan durian


hmmmm... sedapnya buat pengat pisang campur durian ni.... sambil menaip dah abes semangkuk... mmg rugi la kalau sapa2 yg x makan derian ni kan... sejak musin durian ni dah berlambak2 sana sini dah x larat nak makan lak.... mula la godek2 cari resepi yg guna durian, and sejak pisang pun ada jadi lah pengat pisang ni.... tp kak rose derhaka sikit sbb tambah cha cha dalam pengat tu.... walaweiiiii.... lemak, manis sedapnya.... dan berebut2 jugak lemak nak menempek dibadan yg sedia berlemak2!!!!

resepi kak rose jumpa kat Myr oleh faizah85.... sllu x terpk nak wat pengat pisang buh durian dan cubaan ni sungguh x menghampakan.... so kalau kengkawan nak cuba meh kak rose tepek resepinya kat sini ya....

Bahan-bahan ( 2 )
  • 5 ulas durian
  • 5 biji pisang belah dua secara serong (kak rose guna sebiji pisang tanduk)
  • 1/2 cawan gula melaka dipotong halus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar sagu-direndam 5 minit dan ditapis
  • 3 helai daun pandan -dicuci bersih dan di ikat
  • secubit garam
  • (kak rose tambah 3 sudu besar cha cha yg sudah direbus empuk)

Cara-cara

  1. 1-masukkan air dalam periuk bersama-sama dengan gula melaka, daun pandan, garam.kacau sampai gula hancur
  2. 2-masukkan sagu dan biar sagu kembang
  3. 3- masukkan pula durian dan pisang juga cha cha
  4. 4- akhir sekali masukkan santan tadi dan kacau sentiasa. kalau tak kacau, santan pecah jadi berbiji-biji tak cantik tau..

10 comments:

Cheq Sue said...

aduhhh...sedapnya kalau leh dapat semangkuk kak rose...

tun_telani said...

kak rose~~~~~ nakkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
xsabar nk balik kampunggg!!

azieazah said...

KAK ROSE niiiii.... meleleh air mata saya tau. Air liur dah kering.

Tingin... tingin.. tingin... > sambil hulur Tipin. hehehehe

Sesi Luah Perasaan: Hujan Pun Tak Sedar...

Kak Rose said...

Cheq Sue.... marilah makan dengan kak rose...

Kak Rose said...

tun, bintulu x de diyan ker?.... sian nya!

Kak Rose said...

azie, nah! amik balik tipin... kak rose dah isikan ni...

ma'chiks said...

salam, lama tak singgah...pengat pisang my always favorite tp terpaksa stop sat sbb kes nk kurang kilo badan

Kak Rose said...

ma'chiks... oh tengan dayet ya... bagus bagus. go ma'chiks go!

Cendana Kasih said...

akak, ada lagi tak pengat doyan tu..kuah2 pun jadi lah....nk cicah ngan roti ni..

dari dapur nasya said...

wahh Kak Rose...rasa cam dah posa la bila nampak pongat Kak Ros nie...macam2 ada..yummy..yumm...yumm