Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 11, 2011

Cucur jagung

salam dan selamat petang..... jom jemput minum petang dengan cucur jagung ni.... panas2 lagi baru kuor dari koli... cicah dengan cili sos dan secawan nescafe.... x yah dinner dah!

resepi sekodeng kat dapur nor secubit garam tu, mekasih ya nor dan kak rose nak tepek kat sini lak.... mintak izin ya.... kena jugak buat cekodok ni sebab chocolate bread cake tu nor bagi sepotong jer.... x cukup nak wat minum petang! huhuhu...

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh) (kak rose guna jagung dlm tin)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang (x de ganti ngan cili flakes)
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba..

8 comments:

Mas said...

akak..cucur jagung ni dicolek ngan sambal udang kering tu bestkan kak..

K.Nor said...

k.rose, mana boleh makan chocolate bread cake tu banyak2.. kang k.rose on diet :)

erkkkk cucur jagung ada lagi tak? hehe

Kak Rose said...

Mas, sedap n lembut sangat... makan cenggitu je pun sedap...

Kak Rose said...

Nor, diet kak rose dah hanyut ke laut dah....
cucur tu sekali ngadap je licin!

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose.. samalah menu kita pagini.. tapi erma tak n3 lagi.. baru n3 lauk.. insyaallah t erma n3 he he he sejiwalah nampaknyer kitani yer he he he he

CT Delima said...

Assalamulaikum Kak Rose

cucur jagung yang sangat sedap, duduk diserambi sambil di tiup angin sepoi2 syok jer layan. tak sedar dah habis.. hihihi

Kak Rose said...

CT, x sempat duduk kat serambi.... dalam ruamh panas2 pun x sedar dah abes! hihihi

Kak Rose said...

Erma, menu pagi ke petang x kisahlah kan ... janji sedap!