Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 16, 2010

Roast chicken

salam dan selamat petang..... kejap je dah petang kan.... x dan nak rehat lagi.... ni pun baru balik dari kenduri doa selamat jiran setaman yang akan menunaikan ibadah haji..... banyaknya menu yang disediakan.... soto ayam, nasi dengan lauk2 style kampung, sate, laksa, tapai pulut, kuih muih dan juga puding..... air sirap dan cendol tersangatlah laris dimusim panas2 gini..... tp kak rose cuma makan kuih bakar berlauk dan sate je sbb dah kenyang makan tengahari yang heavy.... buat roast chicken ni pun atas permintaan abang yang nak makan tp kak rose le yang terlebih makan! resepinya?..... kak rose belasah apa yang ada jer....

bahan2
3 keping whole leg
garam
kicap pekat (lagi best kalau sos black pepper)
serbuk lada hitam
madu
1 biji bawang besar diparut
2 biji bawang putih*
sedikit halia*
sos tiram

Cara

bersihkan ayam dan cucuk2kan untuk serap bahan perap
Tumbuk lumat bahan*, masukkan bawang parut tadi, segala kicap, madu dan serbuk lada hitam
sebatikan dan lumur rata pada ayam dan perapkan. kak rose perap 2 jam
masuk dalam loyang dan tutup denga kertas foil. panggang +- 1 jam

sebelum dipanggang

potato sarada

sediakan salad..... potato sarada.... sedap dimakan bersama ayam panggang ni.... tima kasih pada ros jintan manis kerana resepinya, atau boleh juga tengok kat sini....

ready untuk di ngap

hu la la ... siap dah roast chiken kak rose ni..... makan dengan potato sarada dan nasi goreng cina bersama dengan sos black pepper. alhamdullilah kenyang.

2 comments:

Trying To Be Muslim.. said...

Wah kak rose, kalu dpt lunch tu...sampai ptg kenyang..full of nutrients and loaded....:)

Kak Rose said...

petang kenyang tp tengah malam ni lapo pulak... baru lps goreng pisang ni. melampau kan?