Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 8, 2010

Tepung pelita

salam semua.... masa ni tentunya ramai yang dah sampai ke kampung memasing.... almaklumlah cuti sekolah dah bermula awal lagi... jadi yang jauh2 tu tu ambil kesempatan untuk balik kampung awal2 lah kan.... elakkan kesesakkan lalulintas... tp td tengok berita pun traffic dah slowly build-up kerana ramai yang rush balik kampung at the same time.... esok tak tau lah camner ek? mintak2 x lah jem sangat....

k ari ni kak rose buat tepung pelita untuk juadah bukak puasa .... kiranya ni kali terakhir masak2 sbb esok dah nak balik dan harap2 sempatlah bukak posa kat kampung. resepi tepung pelita ni kak rose amik kat Myr.... lama dulu dah save dan pernah buat... memang sedap. teringat dulu2 masa kat Langkawi kami sama2 masak tepung pelita ni untuk juadah bukak posa.... mazni, wati, pura.... ingat lagi dak? meh tengok resepinya..... Myr x leh nak bukak lak petang ni.... jadi kak rose copy dari blog Fida yang dok kat Dubai tu.... macih ya Yani n Fida kak rose nak share resepinya kat sini....

RESEPI TEPUNG PELITA - yani myresepi

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

x pandai nak buat kotak sampan tu... isi je dalam bekas kecik2 ni.... banyak sungguh untuk satu adunan.... dapat 20 bekas kecik ni.... dapatlah jiran kak rose merasa tepung pelita penutup ramadhan yang mulia ni....

No comments: