Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, September 4, 2010

Strawberry sandwich biscuits

salam semua.... kak rose ni x leh tengok biskut cantik2 kat rumah orang... cepat2 nak buat je.... biarpun x cantik macam tuan punya resepi tu asalkan dapat buat dan merasa keenakkan biskut tu..... nampak resepi ni kat rumah TTM, punyalah teringin nak makan.... rasa macam dolu2 pernah makan... tp yang beli punyalah dan kali ni nak makan yang wat sendirik punya.... Alhamdullilah menjadi walaupun ada yang hangus sbb terleka dengan tat bunga lagi.... tima kasih pada TTM yang share resepi ni dan kak rose mintak izin nak tepek resepi tu kat sini ya... tima kasih sekali lagi... (Pssstttt kak rose mintak maap sbb dah tuko nama sekut ni sbb x de jem raspberry tu)

Raspberry Sandwich Biscuits(60 biji size dlm gambar)
175g Badam kisar
175g Tepung Gandum
175g Butter, suhu bilik
115g Gula Kastor
1 sk esen vanilla
1 cawan jem rasberry atau apa2 jem yang suka. (kak rose guna starwberry jem)

1. Pukul butter dan gula sampai kembang/putih.
2. Sambil pukul, masukkan esen vanilla.
3. Perlahankan speed mixer, masukkan badam kisar dan tepung sedikit sedikit sampai semuanya sebati.
4. Buat bentuk bola, balut dgn plastik, simpan dlm fridge sekurang2nya sejam.
5. Keluarkan dan canai doh setebal 3mm. Terap dgn bentuk yg disukai. Untuk yg atas, buat lubang.
6. Bakar dlm preheated oven 160C selama 12-15 minit bergantung pada oven masing2.
7. Sejukkan dan letakkan jem pada lapisan bawah dan kapit dgn biskut yg berlubang tu.

starwberry sandwich biscuits... x sabar nak merasa buatan sendiri nih....

2 comments:

TopsyTurvyMum said...

Camna rasa dia kak rose? cantik sgt dah tuu:) kita punya sebalang dah habis..sebalang lagi lom isi jem ehehehe..
takper tukar nama pun..kita pun sebalang yg dah licin tu taruk strawberry jem, sebalang lagi nak letak raspberry.

Kak Rose said...

ttm, rasa mabeles cuma lain kali kena kurangkan sikit gula/jem kot... a bit sweet for my liking...anyway tq for the recipe.