Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 6, 2010

Bendi goreng telor


salam semua dan selamat tengahari.....tentunya sekarang ramai yang sudah memulakan kerja semula setelah berehat untuk amkan tengahari kan..... kak rose pun baru je sudah makan... dan inilah lunch kak rose ari ni....bendi goreng telor....since masih x amik nasik jadi ratah gitu jer... Alhamdullilah kenyang. resepi kak rose sekodeng kat rumah CMG yang sangat tera masak tu... dan gambo masakan dia posing maut u.... kalau tengok pasti terus lapo je...anyway cik mat kak rose minta izin nak kopipes resepinya kat sini ya.... resepi yang simple dan sedap ni pasti ada ulangan kan, jadi untuk rujukan dikemudian hari lah nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10-15 biji kacang bendi, redam dan toskan
1 cawan hirisan nipis daging ayam
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1/2 camca besar sos ikan (nampla)
Garam dan sedikit gula
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam, toskan*
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi ditoskan, hiris serong2 sederhana tebal. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, daging ayam dan sos ikan, kacau rata. Tambah asam gelugor (masukkan sedikit air). Biar ayam masak.
  2. Kemudian masukkan bendi tadi dan gaul rata. Curah telur tadi sekeliling kuali, bila telur sedikit mengeras, gaul rata bersama bendi tadi. Masak hingga kering sedikit. Masukkan sedikit gula dan garam (jika perlu).
  3. Hias dengan hirisan cili dan daun sup sebelum dihidangkan panas2. Sedap dimakan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng..
buat pun sikit je untuk sorang makan, abang g outstation.... malam tadi sempat bake sebiji moist chocolate cake (resepi dari CMG gak, tapi lupa nak snap gambo lak, dah siap2 pack baru teringat) untuk abang bawa sebagai buah tangan untuk kawan yang d Penang tu.... harap mereka sekeluarga suker dengan kek nya....

2 comments:

ain said...

salam kak rose. saya lum pernah lg goreng bendi selain masukkan dlm kari atau asam pedas. mesti sedap!

TopsyTurvyMum said...

salam krose..
simple jer..tapi nampak sedappp..
kalau makan ngan nasik panas ni mau bertambah2..nanti carik bendi malam ni nak try!:)