Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 19, 2010

Ayam blackpepper

lauk ari ni.... ayam blackpepper.....actually resepi ni asalnya guna udang tapi kak rose dah tuko guna ayam.....sebabnya malas sungguh nak buang kulit udang tu...bolehke cam tu? dah defrost kan udang tu akhirnya masuk balik dalam freezer dan ganti je dengan ayam.... senang dah tinggal nak potong kecik2 je.....memang stok ayam fillet ni selalu ada.... senang keja kan... kak rose masih guna resepi dari nor67 atau boleh gak tengok sini....ppon ni kak rose letak sekali lagi resepinyer kat sini.....


Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose x letak sbb yang ada ijo je so tuko ngan cili merah)

Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

chicken fillet wif brokoli.... sedap


4 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

perap udang ke perap ayam kak?

izahdaut said...

simple n sodap...presenation pun lawo wehhh

Kak Rose said...

cik aida, sori da... guna ayam tentulah perap ayam kan.... tu la bila memandai tuko2 bahan gini le jadinyer.

Kak Rose said...

izah, jangan tak tahu, kak rose ni pandai kopi orang punya jer....