Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 9, 2010

Sup ayam special

ni menu untuk makan malam..... nasi lagi.... tapi masak yang sempoi nyer... sup ayam special, resepi oleh tulip77 dari MyResipi....special sebab penyediaan nya yang agak lain dari selalu yang kak rose dok buat tu.... jom mari kita tengok resepinyer.... tima kasih tulip dan minta halal kak rose cnp kat sini ya.... buat jugak udang goreng dengan peria.... selalu buat ni sebab abang suka dengan masakan yang sempoi begini.....

Bahan-bahan ( 8org )
  • 1 ekor ayam potong 16(kak rose wat 1/2 portion je)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

dan sup tu bertambah special lagi sebab kak rose guna daun sup yang tanam sendiri.... (psssttt... ini kak rose bawa balik dari kampung, emak yang tanam. terima kasih bebanyak mak, jasamu tak terbalas.....bawa juga halia, serai dan kunyit.... harap hidup subur hendaknya seperti yang mak dok jaga selama ni...) x yah beli dah lepas ni....

No comments: