Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 28, 2010

Murtabak segera

Buat murtabak ni tuk minum petang. seperti biasalah resepinyer mesti cilok dari dapur orang.... maklumlah kak rose ni x pandai masak.... cuba resepi orang boleh lah.... jangan marah ya minami133 kak rose kopi resepinyer..... senang dan sedap pulak tu.... tapi kak rose x buat bawang cuka tu.... dah sedap makan cengitu je.... tak payah nak cicah dah..... kak rose buat kecit2 jadi dapat banyak keping jugaklah....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup(kak rose bubuh batang celeri banyak2... sedap)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Dscf5170
    apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Dscf5173
    pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Dscf5176
    goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

jom jemput semua minum teh O dengan murtabak segera nih.....

No comments: