Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 29, 2010

Kuih Lapis

Alahai kuih lapis ku.... dah 2 kali buat guna resepi ni asik tak jadi je..... terlembik lagi.... dah baca semua komen kat bawah tu.... tapi masih seem cannot get it right.... buat setengah adunan dan bubuh 2 cawan santan.... masih jugak terlembik.... kawan2 lain buat semua cantik2 je.... jeles nengoknya..... nanti lain kali kak rose akan cuba buat lagi sampai berjaya..... eh... ada sapa2 nak makan ke?....tak pe yang penting kita cuba sampai boleh buat macam orang lain tu kan..... apa pun kak rose nak ucap terima kasih pada tuan punya resepi ni tulip77 dan kak rose nak kopi resepinyer kat sini ya.....


Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

No comments: