Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 7, 2009

Puding roti berkismis

actually nak wat entry ni semalam lagi.... tapi x sempat......kak rose di datangi tetamu dengan mengejut....tetiba abang call ada tamu nak datang....Tuan Pengarah dan seorang Pegawai Kanan dari HQ.....huh.... poning palo pk nak idang apa?..... kedapur tengok ada roti.... terus terpk nak wat puding roti brkismis ni.....apa lagi godeh2 trus bako....setengah jam dah siap..... nak bagi cepat sejuk siap rendam loyang dalam air ais lagik.... macam pelik je kan?..... tapi apa nak wat....huh siap je....abang kal on the way dah.....nasib baik puding ku dah siap..... sempat posing lagik....resepi amik dari F&N@MyR. tima kasih ya F&N..... sedap, mudah dan cepat disediakan....halalkan kak rose nak kopipes resepinyer kat sini ya.....dan goreng karipap frozen yang kak rose buat ari tu.....

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-cara

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama ice-cream vanilla.


sebenor nyer dia orang datang sbb ada dinner malam tu.... kira representative dari HQ la tu.... x sangka lak nak datang umah..... dah lah umah tengah packing sbb nak berpindah....huh.... tambah pening palo den....apa pun tima kasih sudi datang dan harap puding dan karipap yang ku hidang tuk minum petang tu dapat memenuhi selera tuan2 ya.....pas ni hope to see you again in KL......

No comments: