Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 1, 2009

Pancake


pepagi ni kak rose wat pancake tuk sarapan...... sebenornya bukanlah rajin tapi kan dek roti dah abessss..... kenalah cari idea nak makan apa pepagi gini......petang semalam g cari..... yang ada semua roti dah expired.......tuan kedai kata..... bot tak mai nak wat camna?...... huh..... langkawi bandaraya pelancongan..... apo nak d kato.....nasib baiklah dah nak balik ke mainland......sabau je ler......


buat satu adunan..... dapat 6 keping cenonet ni.......

makan dengan madu..... nyam.....nyam

lepas solat subuh terus ke komputer..... cari menu apa nak makan.....jumpalah resepi pancake d rumah kak hanieliza..... dan terus wat..... tapi x de lah guna Artnova pot macam kak hanieliza tu cuma guna non-stick pan kecik yang kak rose bli ari tu... tu yang jadi cenonet je pancake tu..... apa pun kak rose nak c&p resepinyer dan kongsi kat sini ya.... tq liza...

PANCAKE

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A atau B
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker. [Boleh gunakan blender]
2. Tapiskan.
3. Sendukkan dalam Artnova Pot. [Jika gunakan non-stik pan titiskan sedikit minyak]
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.

No comments: