Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 22, 2009

Bingka beras gula putih


salam semua..... dah beberapa hari asik berkemas je..... x kemas mana pun.... actually cuma kemas kan barang yang nak di pack untuk pindah nanti..... biar senang orang dari packaging company tu buat keja kan.... x lah dia orang sumbat segala menda dan akhirnya susah kita juga nak un-pack barang nanti..... dan bila berenti kejap tu mengadap komputer je le..... ternampak resepi ni d rumah ummi kuantan tu...... tu yang nak sangat cuba tu.... nasib baik menjadi.....ikut petua mama kastam tioman tu.... kurangkan santan ..... tapi kan terlupa pula nak kurangkan gula tu.... jadinya termanis sikit lah.... anyway memang sedap kuih ni..... bakar hingga terbakar atasnyer....geseng gitu.....resepi asal dari kak fida @ MyR. tima kasih pada anda berdua dan kak rose minta izin nak tepek resepinyer kat sini ya.....

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

  • 1500 ml santan - drpd 2 biji kelapa parut (saya guna 800 ml santan kotak + 700 ml air)
  • 250 g gula pasir
  • 250 g tepong beras (cap Gajah)
  • 50 g tepong Hoen Kue
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk garam
  • (kak rose buat setengah adunan je)

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat...hendaklah dikacau sentiasa supaya tk berkerak.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang yg beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar pula kuih di dlm oven . Bakar dgn grill dulu hingga permukaan kuih garing atau berkulit kemudian bakar dgn api bawah hingga masak -160C lebih kurang 30 min.
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan. Kuih ini agak lembik ketika masih panas dan akan keras tapi lembut bila sejuk dan mudah dipotong.

2 comments:

ain said...

nmpak gak kat umah kak ummi pg td!!! klu free2 nanti, nk try jugak la!!

Kak Rose said...

ain, memang sedap sangat... rugi kalau tak cuba. tengoklah kekonon nak bagi garing atas nya tu tapi terlebih lak, hangus tapi tetap nyam nyam....