Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 23, 2009

Apam pelangi

Apam pelangi versi orang malas..... terus sekali dum dalam loyang.....tengok orang lain buat comel2 je.... jeles tau kak rose.... tapi kan disebabkan malas nak leceh2 kak rose pun buat dalam loyang je.....terus kukus ......resepi amik dari MyR oleh dyna.kak rose kopipes resepinyer kat sini ya......

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )

  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula (kak rose kurangkan sikit gula, a bit too sweet for me)
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • pewarna yang disukai

Cara-cara

  1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis
  3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...
  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-40minit...
  6. Bleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram...
dan sambil tu berkemas2 kobek sana kobek sini..... ha.... jumpa lak gambo lama ni...... sebenonya dia duk dalam kotak yang tak dibuka sejak pindah dulu.....mak aiiii... lama tu dia terperuk dalam kotak ..... sampai dah nak pindah semula baru jumpa gambo ni.... mas tu g ke europe.... busu pun kecit lagi.... 13 tahun dulu da..... lama kan? entah bila agaknya nak sampai sana lagi..... abang, ada plan ke???????

di depan mini europe, Brussels....

naik ketapi laju TGV ke Paris......

No comments: