Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 19, 2009

Lapis cokelat n Jejemput nasi

ari ni wat kuih lapis cokelat tuk minum petang.... resepinyer amik dari rumah K. An... tapi x secantik macam tuan rumah buat....apa pun sedap gak.... dan mintak halal ya kak rose nak C&P resepinyer - resepi asal dari kuih lapis tradisi cuma tuko kepada cekelat je.....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros (tuko ke cekelat kalau nak wat kuih ni)

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..


Jemput-jemput nasi..... wat tuk sarapan pagi tadi.... ada nasi lebih sayang pulak nak buang je.... x baik buang rezeki kan....separuh bagi makan burung yang selalu tunggu kat belakang rumah tu..... dan separuh lagi rezeki tuk tuan rumah pulak.... kan kita selalu share rezeki yang Allah bagi.....lembut sesangat dan yang penting sedap dan mengenyangkan.....siap hidang pada tukang potong rumput d sekeliling rumah lagik....walaupun rupa nyer sangat lah x cantik....lonjong, bujur, kemet, segi brtanduk berekor suma ada.....resepinyer amik dari dapur flora kitchen yang dia c&p dari rumah hana dan kak rose sekali lagi c&p kat sini..... minta halal ya.....Oh...maaf ya kak rose ejas sikit dengan menambah telor dan gula......
mekacih kepada cik puan berdua.... enak banget cekodoknya.....laen kali sure nak wat lagi....

Jemput-jemput nasi

Bahan-bahan
1 cawan nasi putih
1 biji kentang (akak x letak)
2 cawan tepung gandum
sedikit air
garam
1 biji telor & sedikit gula (ni kak rose tambah)

Cara-cara
Nasi diblender dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.
Curah dalam bekas adunan,dan campurkan tepung dan kentang, masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput, air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je kecairan batter ni, macam adunan kita buat jemput-jemput pisang.
Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas dan angkat bila dah perang, Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili. (memang trsangatlah sedapnya..!)

No comments: