Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 27, 2009

Asam pedas ikan parang & Bebola ubi goreng

Bebola ubi goreng..... kenapa jadi leper je?..... daku x pandai nak wat bulat2 macam CMG tu.....(x de ice-cream scoop) jadi.... inilah versi kak rose punya.... bentuk nyer je ya.... resepi tetap amik dari dapur Cik Mat.....(maklumlah kalau x tengok orang lain punya resepi takut lak x menjadi.... kang haru dibuatnya)......makan panas-panas...cicah ngan sambal kicap.... wah terangkat you...... wat tuk minum petang.....jemput... jemput mangan.....

Nak gak tayang yang x d belah gitu.... terhangus sikit.... garing tepung yang kat tepi tepi tu.... kruk krak kruk krak hmmmmm sedap....... resepi asal tengok sini yer..... apa pun kak rose nak tepek gak di sini......

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....


Dah lama nak wat asam pedas ikan parang ni.... tapi kemalasan selalu aje melanda..... tadi pun beberapa kali ikan ni keluar masuk fridge... nak wat ke tak?.... Gagahkan diri cari resepi dan jumpa di sini dan terus memasak... terima kasih Haniss tapi kak rose ejas sikit ....x letak lada itam dan kunyit tu tapi tambah serai..... dan yang ada cuma tomato je.... tetap sedap dan TQ sekali lagi..... jom makan...

Asam Pedas Ikan Parang

Bahan²

1/2 ekor Ikan Parang - dibasuh bersih dan rendam dengan air asam
30 tangkai cili kering - di blender
1 inci Halia - diblender
1/2 inci kunyit hidup - diblender (kak rose x letak)
10 biji Bawang merah dan 3 ulas bawang putih - blender juga
daun kesum
kacang bendi atau pun terung (tomato je yang ada....)
lada hitam - ditumbuk (kak rose x letak)
garam secukup rasa
Kak rose tambah perahan air asam jawa dan serai
Caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi sehinggah naik bau dan pecah minyak. Biarkan ia merneh seketika.
2. Masukkan air asam, garam dan lada hitam yang ditumbuk, dan biarkan didih seketika. kaalau luka boleh letakkan sedikit gula.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan juga ikan. kalau ada bunga kantan letak sekali.
4. Sesuaikan rasa , kalau dah ok tu ...siap untuk dimakan..

No comments: