Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 28, 2016

WW: learn to let go...

terima kasih pada yang sudi....

Tuesday, September 27, 2016

Udang masak lemak ciliapi

 ubat gatai dah mai!!!! tapi kadang2 tak pulak allergic to udang, ada masa macam tak leh nak amik, gatal semacam jer bila lepas makan tu... tapi bila dapat udang beso2 camni mana la nak lepas peluang kan. udang ni kak rose beli masa balik kampung rumah MIL tempohhari, 300tb/kg, about rm35/kg cam tu la depend on the exchange rate masa tu... bila g derang punya pasar pagi memang geram sangat, segala ikan dan udang sangat fresh.. tu yang bli sampai 3kg, frozenkan dan bawak balik... puasla makan udang kali ni.

 kali ni masak lomak ciliapi, tapi sebenarnya kak rose lagi suka goreng dan makan dengan nasi atau pun makan cam tu jer.... tapi en asben nak kan yang berkuah, jadi buat lah masak lomak ciliapi tak podeh ni.. tapi kak rose tek de sukatan yang exact, main taram jer asalkan tukang rasa kata sedap tu kira ok la dah kan...

bahan2:

udang
cili api... ikut la kepedasan memasing ya
kunyit hidup
serai
asam keping
garam
santan pekat

Cara:

1. tumbuk ciliapi, kunyit dan garam sampai lumat
2. serai diketuk
3. masukkan santan dan bahan tumbuk, serai dan asam keping, jerang sambil dikacau selalu hingga mendidih, jangan sampai pecah santan ya...
4. masukkan udang, biarkan masak sambil dikacau selalu
5. perasakan, kalau dah ok boleh matikan api..

dan alangkah nikmatnya bila masak lomak ciliapi ni digandingkan dengan ikan masin... bertambah2 nasik dan lemak2 dibadan pun bertambah dengan jayanya! apo nak dikato.... sedap punya pasal, esok kita g brisk walk, bakar balik kalori yang dah terkumpul tu.... kalau rajin la!

Monday, September 26, 2016

Free cholestrol check-up

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua... semuga semuanya ceria dan dalam lindungan Allah jua hendaknya. dan untuk nak ceriakan diri kenalah sihat kan... so meh la kita buat pemeriksaan kesihatan yang berkala... kak rose memang buat tiap2 tahun dan Alhamdulillah sehingga kini masih diberikan kesihatan yang baik dan keputusan ujian pemeriksaan pun tak lah teruk sangat... cumanya ada lah yang kena jaga.... dan untuk nak jaga kolesterol, kak rose amik oats n susu omega disamping berbriskwalk yang buatnya on and off jer!

dan semalam, semasa bli groceries dan tambah stok susu omega, ada pulak free cholesterol check-up kat kaunter tu... tapi kena bayar dulu dan tunjuk resit baru boleh buat test tu... so bila dah bayar, kenalah masuk semula untuk buat test ni... dan resultnya macam kat atas tu la... ada additional of 0.05 daripada last year's test...  tapi dia pun kata, ni tak accurate macam kita buat test kat klinik tu, siap ada HDL dan LDL nya... yg ni cuma total kolesterol jer... lagi pun masa buat test ni non fasting...

 stok baru...harap2 lepas makan oats n minum susu omega ni, nanti bila hujung tahun buat blood test akan dapat result yang lebih baik daripada last year's one....

result yang dah dapat... total cholesterol 4.55 mmol/l, jauh sikit dari max nya < 5.2... dan harap2 tak lah sampai pada bacaan 5.2 tu... sendiri mau ingat la kan... kawan2 ada buat check-up tak?

sebenarnya dah beberapa hari kehabisan stok dan tak makan oats disebabkan nak try yang ada perisa cokelat ni, tapi manis la pulak... so tak termakan sudahnya.... nasib baik trial pack yg cenonet je, x la membazir sangat kan.

Sunday, September 25, 2016

Rambutan asam boi

 Rambutan asam boi. ada bran nak cuba? kak rose pun terjebak jugak dengan menda ni... bila dah banyak rambutan dan tak termakan, mula la menggodek cik google... sekali dia kuorkan menda ni...rupanya dah viral macam mangga asam boi dulu tu, kak rose jer ke yang ketinggalan ketapi? selama ni tak pernah terpikir pun rambutan pun boleh buat jeruk cam ni... so apalagi moh la mencuba kita sementelah bahan pun dah tersedia kan... tapi yang ni kak rose main agak2 jer dengan bahan2 tu, kalau nak kan resepi yang penuh boleh la google jer pasal jeruk rambutan asam boi, bermacam resepi akan kuor nanti.

 rambutan+asamboi+gula+ciliapi+limau kasturi, gaulkan rata2, isikan dalam bekas kaca dan simpan semalam dalam fridge.... esok dah bolah menikmatinya.

selepas overnight dalam fridge, ready to be served. manis masam masin pedas n sooooo juicy. nyaman banget dinikmati sejuk2, menaip ni pun boleh menjejeh ai lio, baq hang!

Saturday, September 24, 2016

Chocolate chips famous amos cookies

 antara cookies yang kak rose buat masa raya haji baru ni, balang pun dah basuh simpan tapi nak jugak tepek kat sini... buat kenangan masa nanti2 kan... resepinya dari sifu blogger masak2 yang dulu aktif di blog.... tapi kini ramai yang dah beralih ke IG, FB dan lain medium... kak rose jer masih sayangkan dapo maya ni... sayang jugak kalau terbiar tak berupdate kan...

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • (kak rose  gajus )
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, September 23, 2016

Kuih bakar pandan with homemade pati pandan

 Kuih bakar pandan yang harum semerbak bau harum masa membakarnya.. guna fully warna hijau from the home made pati pandan tu.. untuk sekali buat, cukup untuk memberikan warna yang cantik satu adunan kuih bakar pandan ni without additional artificial green color. dan untuk home made pati ni rasanya tak leh nak simpan lama sbb tak de bahan preservative, so might as well buat untuk sekali guna jer...

 
 mudah jer nak sediakan home made pandan juice ni... amik lebih kurang 10 helai daun pandan dan blend dengan sedikit air, tapis dan simpan dalam fridge dalam 4 hari cam tu untuk dapatkan concentrate pati pandan... warna hijau tu akan mendap kebawah selepas tu, dan ready untuk diguna kan..

after 4 days in the fridge, semua klorofil dan mendak dibawah dan tuangkan air jernih, tinggalkan mendapan hijau tu, ready for use dah..

batter for kuih bakar pandan with home made pati pandan in the making... masa ni pun dah terbau harum daun pandan tu...

taraaaa... buat kuih ni nipis2 jer, cepat masak dan cepatlah dapat menikmatinya... so boleh la kawan2 mencuba buat sendiri pati pandan ni kan... tapi kena buat at least 4 days earlier untuk dapatkan concentrated pati pandan tu.... kalau 2 hari pun dah boleh guna cuma tak cukup hijau lah kaler tu nanti! so... kalau nak guna kena sediakan awal2 lah ya.

Thursday, September 22, 2016

Ikan siakap 3 rasa

 Ikan siakap yang kak rose masak masa anak balik tempoh hari... kalau nak masak cenggini kena lah tunggu ada yang tukang makan, kalau cuma tinggal kami berdua memang tak kan terhabes ikan siakap beso gedabak ni... dan ikan ni pun kak rose dapat murah sikit compare dengan harga yang beli sebelum tu sehingga sembilan belas hengget per kg. so beli dua ekor boleh makan puas2 kan... anak memang suka kalau buat macam ni, meratah bahagian dinding perut yang garing kru krap tu.
 resepinya...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi